Monday, 29 May 2017

Makanan Sunnah Kegemaran Nabi Muhammad ﷺ 





“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Al-Baqarah: 172)  

“Anda adalah apa yang anda makan”. Itu merupakan kata-kata yang sering kita dengar mengenai kesihatan tubuh badan kita. Kesihatan tubuh badan seringkali dikaitkan dengan pengambilan makanan atau diet yang baik. Diet yang baik sememangnya merangkumi setiap zat dalam kelas piramid makanan. Tetapi, kadangkala kita sering terleka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang kita ambil dalam kehidupan harian. 

Makanan terbaik adalah makanan yang diamalkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sentiasa mengambil makanan yang terbaik untuk diri Baginda, keluarga dan sahabat Baginda. Nabi Muhammad S.A.W juga dikenali sebagai Tokoh Nutrisi Terbaik oleh para ilmuwan Timur dan Barat.  

Terdapat pelbagai jenis makanan yang baik untuk badan kita yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.WIanya dipanggil makanan sunnah. Makanan sunnah sememangnya memberi banyak khasiat dan kebaikan kepada kita dan akan mengekalkan diri kita dari mempunyai penyakit. 
Berikut merupakan antara makanan sunnah kegemaran Nabi Muhammad S.A.W yang ingin kami kongsikan bersama anda semua. 
  
Buah Zaitun (Olive) 


Allah S.W.T telah menyebut di dalam Al-Quran berkenaan dengan buah zaitun. Di dalam Al-Quran, Perkataan zaitun disebut sebanyak 7 kali. Sebanyak 2 kali perkataan zaitun disebut bersendirian dan 5 kali lagi zaitun digandingkan dalam Al-Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah teen. Dalam hadis juga ada disebut tentang zaitun oleh Baginda S.A.W. Zaitun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan tersendiri.  

Kebaikan Zaitun 

1. Baik Untuk Wajah, Kulit dan Rambut 
  • Minyak zaitun boleh digunakan untuk merawat kulit wajah yang berminyak, berjerawat dan luka.
  • Minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menyuburkan dan melebatkan rambut dengan menyapunya di rambut. 
  • Cara pemakaian minyak zaitun boleh lihat di SINI

2. Digunakan dalam perubatan 
  • Buah Zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu kita mencegah dan mengubati segala penyakit 
  • Mengurangkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis dan juga kanser 
  • Menjaga kepadatan tulang sehingga tidak terserang osteoporosis. 
  • Menurunkan kadar glukosa dalam darah. 
  • Mengurangi terjadinya penyumbatan (Trombosis) juga penebalan (Arteriosklerosis) pembuluh darah. 

3. Hadis Nabi Muhammad S.A.W: 
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A., Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: " Minumlah minyak zaitun dan berlumurlah dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain ada menjelaskan bahawa Baginda Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: " Barangsiapa menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."  


Buah Teen (Fig) 


Buah syurga adalah gelaran yang diberi kepada buah teen oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana Baginda telah bersabda diriwayatkan oleh Abu Darda' R.A: 
“ Sekiranya kukatakan ada buah-buahan yang turun dari syurga maka itulah buah teen. Sebab, buah-buahan syurga itu tanpa biji. Makanlah ia, kerana ia dapat menghentikan wasir dan bermanfaat menyembuhkan sakit urat.“ 


Kebaikan Buah Teen 
  • Buah teen kering kaya dengan serat, tembaga, mangan, magnesium, kalium, kalsium, dan vitamin K, relatif diperlukan terhadap tumbesaran tubuh manusia. 

Buah Teen Kering/ Separa Segar

  • Buah teen bertindak sebagai detox semulajadi. 
  • Buah teen sangat sesuai mengatasi masalah berat badan dan gout. 
  • Buah teen juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. 
  • Mengandungi Potassium (saraf dan otot), Kalsium (Tulang)Fosforus dan zat besi yang membantu pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. 
  • Buah teeyang mengandungi serat, kalium, dan magnesium dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi. 
  • Selain buahnya, daunnya juga memiliki manfaat. Beberapa manfaatnya iaitu untuk ubat kencing batu, diabetes, dan asam urat. 



Buah Delima (Pomegranate) 


Allah SWT menyebut buah delima (الرمان) sebanyak 3 kali di dalam ayat Al-Quran Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 
Dalam Surah ar-Rahman ayat 68, Allah S.W.T berfiman: 

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima” (Surah Ar-Rahman: 68)

Dari segi zat pemakananBuah delima mempunyai pelbagai khasiat dan terkenal sebagai ibu segala makanan. Apabila dicampur bersama air panas, ia mampu mengubati penyakit cirit-birit. Buah delima juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien khasiat seperti riboflavintiaminniasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Delima mengandungi lemak dan zat protein yang sangat sedikit sahaja. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan. 


Kebaikan Delima 

1. Menstabilkan Paras Kolestrol 
  • Delima akan membantu tubuh badan kita menstabilkan tahap kolestrol dengan meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk (LDL). 

2. Digunakan dalam Perubatan 
  • Delima mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu kita mencegah dan mengubati segala penyakit. 
  • Mengurangkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis dan juga kanser. 
  • Delima mengandungi flavanoids dan polyphenols yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser. 
  • Delima mengandungi phytochemical yang mendorong penerimaan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. 
  • Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok. 

3. Baik Untuk Wanita dan Anak Kecil 
  • Delima mengandungi Potassium dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. 
  • Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) yang juga akan menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. 
  • Delima juga dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. 

4. Menambahkan Tenaga Batin 
  • Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Delima juga dikenali sebagai ‘natural viagra‘ dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi. Delima juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. 



Madu (Honey)

 Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: 

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” (Surah An-Nahl, ayat 68 dan 69)

Madu lebah asli mengandungi enzim-enzim hidup yang diperlukan oleh tubuh badan untuk memastikan tubuh badan kita berada di tahap yang terbaik. Madu tidak boleh dihasilkan secara sintetik atau dibuat oleh manusia. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri. Madu mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan kita. 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:  
" Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."  


Nabi Muhammad S.A.W sendiri mengamalkan minum madu yang dicampur dengan segelas air sejuk. Nabi Muhammad S.A.W minum setiap pagi ketika perut kosong. Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, madu yang paling berkualiti adalah madu yang diambil daripada kawasan pergunungan atau bukit bukau, kemudian kawasan hutan dan terakhir kawasan binaan manusia (terdedah dengan habitat yang kurang sihat).


Kebaikan Madu: 

1. Makanan Untuk Minda 
  • Menguatkan daya ingatan kita. 
  • Dapat menambah kekuatan dan kecerdasan minda kita. 

2. Bagus untuk sistem penghadaman tubuh badan kita 
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan kita terhadap keracunan makanan. 
  • Memudahkan dan melancarkan pergerakan usus semasa membuang air. 

3. Menambah Tenaga Badan 
  • Memberi tubuh badan kita tenaga seharian dan dapat kurangkan pengambilan lemak. 
  • Menjadi sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit kencing manis dan buah pinggang. Jika kita mengambil madu secara berterusan, boleh mengawal kandungan gula dalam darah. 
  • Menguatkan tubuh badan wanita mengandung. Seperti anda maklum, madu dapat menambahkan tenaga kita. Madu merupakan makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung. 

4. Mata, Rambut dan Kulit 
  • Madu dapat menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar. 
  • Membantu penglihatan kita supaya lebih jelas. 
  • Madu dapat membantu cepatkan proses penyembuhan luka atau kecederaan kulit apabila disapukan dan madu juga membantu melindungi daripada jangkitan kuman. 
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. 
  

Kurma (Dates) 


Kurma atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma di dalam Al-Quran. Kurma merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik.  

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: 
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.” 

Dari sudut sains pula, kurma mengandungi protein lebih kurang 2.5% dan serat 8.0%. Kandungan gula di dalam kurma pula adalah sangat tinggi, iaitu sebanyak 63%, dan majoritinya adalah glukosa. Kandungan lemak di dalamnya pula adalah sangatlah sedikit iaitu 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya dengan zat besi, kalsiumfosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. 


Kebaikan Kurma: 

1. Kaya Khasiat Baik Untuk Tubuh Badan 
  • Kandungan gula glukosa yang tinggi didalam kurma dapat memberi tenaga segera atau booster kepada tubuh badan kita terutama sekali apabila kita berpuasa. 
  • Anti Oksida baik untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita 
  • Tinggi Potassium menjadi electrolyte yang menstabilkan bendalir didalam tubuh kita. 

2. Makanan Untuk Minda 
  • Menguatkan daya ingatan kita 
  • Dapat menambah kekuatan dan kecerdasan minda kita 

3. Penawar Racun 
  • Diriwayat oleh Aishah R.A.: “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” 

4. Digunakan dalam Perubatan 
  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma akan dikisar halus sehingga menjadi seperti serbuk teh. Kemudian direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. 
  • Mencegah pelbagai penyakit seperti jantung, strok dan kencing manis. 

5. Baik Untuk Ibu Mengandung 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” 
  

Kismis (Raisin) 


Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: 
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. 

Hadis lain: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”. 


Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan. Kismis  telah digunakan dan diamalkan dalam pelbagai jenis tradisi dan budaya. Kismis boleh dimakan mentah ataupun digunakan di dalam masakan dan pembuatan kek. 60% daripada berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya. Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan. 


Kebaikan Kismis: 

1. Kaya Khasiat Baik Untuk Tubuh Badan  
  • Magnesium – Baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga. 
  • Kalsium dan fosforus – Membantu membina tulang dan gigi yang baik. 
  • Zat besi – Membantu membina sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak. 
  • Kalium – Meningkatkan kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah. 
  • Vitamin C – Membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan. 
  • Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga. 
  • Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang. 
  • Folat – Membentuk sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. 
  • Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan 

2. Makanan Untuk Minda 
  • Menguatkan daya ingatan kita. 
  • Dapat menambah kekuatan dan kecerdasan minda kita. 

3. Kesihatan Mata 
  • Kismis juga kaya akan vitamin A yang baik untuk meningkatkan fungsi mata. Anti-oksidan yang membantu untuk melawan radikal bebas juga sangat baik untuk melindungi retina mata. 



Banyak lagi makanan sunnah yang lain selain dari apa yang disenaraikan di atas. Sesunguhnya apa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah yang terbaik untuk kita ikuti dan contohi serta dijadikan amalan kerana selain ia bermanfaat untuk kesihatan kita, ianya akan menambah pahala kita kerana meneruskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Marilah sama-sama kita amalkan. 


PROMOSI RAMADHAN 1438 H KURMA AJWAH IMTIYAZ DAN SAFAWI IMTIYAZ DI SINI

Imtiyaz Olive House

Blog rasmi Imtiyaz Olive House. Segala perkongsian berkenaan produk Olive House, info kesihatan dan testimoni.
Imtiyaz. Powered by Blogger.

Popular Posts