Thursday 18 May 2017

Kurma ajwah atau biasanya dipanggil dengan jolokan " kurma nabi S.A.W. " adalah jenis tanaman palma atau disebut dalam bahasa latin sebagai phonex dactylifer. Jenis kurma ini adalah yang asli dari Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi. Ciri-ciri buah kurma ini sedikit berbeza dengan kurma yang lain. Bentuknya lebih bulat, teksturnya tidak terlalu lembut dan juga tidak keras. Warnanya juga kehitaman dan terdapat garisan berwarna emas di hujung depan buah kurma. Dari segi rasa, kurma ajwah rasanya manis. Jenis kurma ajwah ini merupakan jenis kurma yang paling popular dan harganya pun cukup mahal jika dibandingkan jenis kurma madinah yang lain seperti kurma Sukari, kurma Anbarah, kurma Mabroom, kurma Safawi dan lain-lain. Banyak Hadis Sahih yang secara khusus menyebutkan tentang manfaat dan khasiat kurma Ajwah ini. Ia juga turut menjadi kurma buruan para jemaah haji dan umrah untuk dibawa pulang ke tanahair. 


                                                                              Kurma Ajwah


Asal Usul Kurma Ajwah 


Terdapat beberapa rujukan dari Al-Quran, Hadis Nabi Muhammad S.A.W dan penulisan sejarah Islam tentang Kurma Ajwah. Pertama, daripada riwayat yang menyebutkan bahawa asal usul penamaan Kurma Ajwah ini adalah bagi mengenang jasa seorang mualaf dan sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Salman Al-farisi yang telah mewakafkan tanahnya untuk perjuangan Islam. Salman Al-Farisi mempunyai seorang anak bernama Ajwah. Untuk memperingati jasa beliau maka dinamakanlah buah kurma ini menjadi Kurma Ajwah. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa Kurma Ajwah ini adalah jenis kurma yang ditanam oleh Nabi Muhammad S.A.W. 





Manfaat dan Kandungan Kurma Ajwah 


Seperti yang dipetik dari arabnews.com 5 Oktober 2013 yang menyebut bahawa sebuah penelitian baru telah menemukan bahawa Kurma Ajwah dari Madinah Al-Munawwarah mengandungi unsur aktif yang bermanfaat untuk pencegahan penyakit seperti kanser. Penelitian ini dilakukan di King Saud University (KSU) yang berpusat di Bandar Riyadh ini membuat penemuan kandungan dan manfaat dari Kurma Ajwah untuk kesihatan tubuh badan kita. Dan penelitian ini telah menghasilkan penemuan yang menyebutkan bahawa Kurma ini memiliki kandungan anti-inflamasi semulajadi yang serupa dengan kandungan ubat-ubatan yang ada dipasaran seperti ibuprofen dan aspirin. Profesor Muraleedharan Nair, ketua makmal bahan semulajadi di University of Michigan membuat kerjasama dengan King Saud University dalam penelitian tentang kandungan dan khasiat Kurma Ajwah ini. Dan menurut Hadis Nabi Muhammad S.A.W, Baginda bersabda: “ Barangsiapa mengkonsumsi tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir ”. Hadis ini secara terperinci menyebutkan jumlah 7 butir Kurma Ajwah. Hasil penelitian saintifik daripada hadis tersebut menunjukan bahawa tujuh butir Kurma Ajwa mengandung 120 kalori. Dan bagi yang sudah biasa mengambil Kurma Ajwah secara rutin dengan jumlah 5 - 7 butir setiap hari, ia dapat mengurangkan risiko Kanser Tumor dan dapat melancarkan peredaran darah. Hal ini kerana di dalam sebiji Kurma Ajwah,  kadar nutrisinya mengandungi kira-kira 30 % asid folat, 70 % gula, sulfur, copper, protein serta potassium dan zat besi. (Selanjutnya di SINI)


Kini, untuk mendapatkan Kurma Ajwah adalah amat mudah, kami di Imtiyaz Olive House turut mengedar dan menjual Kurma Ajwah Aaliyah Asli dari Madinah Al-Munawwarah (Gred A). Boleh juga layari laman web rasmi kami Imtiyaz Life Legacy dan Facebook kami Imtiyaz Olive House. Like jangan tak like !! Hehe

Ataupun kalau nak mudah, boleh terus klik whatsapp link ini www.wasap.my/601135465114




                               
                              Tengok je dah rase terliur huhu... Rugi kalau tak rasa lagi


Demikianlah sedikit ceritera tentang Kurma Ajwah, asal usul dan manfaatnya.

INGIN merasai keenakan Kurma Ajwah dan Kurma Safawi? Klik SINI

0 comments:

Post a Comment

Imtiyaz Olive House

Blog rasmi Imtiyaz Olive House. Segala perkongsian berkenaan produk Olive House, info kesihatan dan testimoni.
Imtiyaz. Powered by Blogger.

Popular Posts