Monday 29 May 2017

Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri. Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam. Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, terutama pada kulit wajah dan rambut. Dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita dianjurkan agar berhias di depan suaminya. 

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih-nya, dari Abdullah bin Mas’ud R.A bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 

((لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ)) ، قَالَ رَجُلٌ: «إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً»، قَالَ: ((إِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ ؛ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ ، وَغَمْطُ النَّاسِ )) . 

Maksudnya: “Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar debu.” Ada seseorang yang bertanya, “ Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus? ” Baginda menjawab, “ Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” (HR. Muslim). 

Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya. Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat, tiada jeragat yang teruk dan rambut tidak terlampau nampak kusut itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam tidak bermaya dan rambut tidak terurus sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.  


KULIT WAJAH 



Fakta: Bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat dengan hanya menggunakan Zaitun, kita boleh cuba jadikan minyak Zaitun itu sebagai masker. Minyak Zaitun fungsinya adalah sebagai pelembap kulit. Kulit kita juga akan tampak lebih sihat dan bersinar jika kita kerap amalkan pengambilan minyak Zaitun. 

1- Untuk Kulit Wajah Berminyak 
Campurkan satu sudu minyak Zaitun, garam, Oat dan susu. Oleskan ke muka. Biarkan sehingga 15 minit. 

2- Untuk Kulit Wajah Kering 
Campurkan satu sudu minyak Zaitun, kuning telur dan tepung. Oleskan ke muka dan biarkan sehingga 20 minit. Setelah itu, basuh dengan air suam. 

3- Untuk Wajah Berjerawat 
Ambil minyak Zaitun, oleskan ke muka selama 15 minit. Sambil-sambil itu, buat urutan ringan pada wajah. Elok dilakukan setiap hari terutama sebelum tidur malam. 

4- Untuk Bersihkan Wajah 
Campurkan minyak Zaitun, serbuk cendana, kunyit dan susu. Kemudian, oleskan masker ini pada seluruh bahagian kulit wajah dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan air mawar. 

5- Untuk Mengembalikan Kecantikan Kulit Wajah 
Ambil minyak Zaitun dan dicampur dengan jus timun dan yogurt. Kemudian, oleskan ke muka dan leher. Diamkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas pula dengan air suam. Amalkan selama seminggu. 

6- Untuk Menghilangkan Noda Hitam Pada Wajah (Blackheads) 
Campurkan minyak Zaitun dan Madu. Oleskan ke muka selama 15 minit. Buat urutan ringan sepanjang tempoh 15 minit itu. Kemudian bilas dengan air suam. Boleh juga gunakan tea tree oil atau Teh Daun Zaitun selain madu. 

7- Untuk Buang Sel-Sel Mati Pada Kulit Wajah 
Ambil minyak Zaitun dan campurkan dengan garam. Oleskan ke muka diselangi urutan ringan pada muka anda. 

8- Untuk Mencerahkan Kulit Wajah 
 Ambil minyak Zaitun dan campurkan dengan gula pasir. Kemudian, oleskan ke muka dan leher. Diamkan selama 5 minit. Selepas itu, bilas pula dengan air suam. 

9- Untuk Menghilangkan Kutil Pada Wajah Dan Leher 
Sapukan minyak Zaitun pada kutil sebelum tidur. Kemudian, bilas pada keesokan harinya. 



RAMBUT 



Manfaat: Zaitun bagus untuk rambut kerana selain mengandungi hydroxytyrosol (antioksidan yang paling baik) yang tinggi, ia juga mengandungi Biotin, Niasin, Vitamin D dan Vitamin E. Selain itu, Zaitun juga mengandungi ejen antibakteria semulajadi dan pencegah hormon Dihydrotestosterone (DHT) untuk wanita. 

1- Untuk Rambut Gugur/ Rosak 
 Ambil minyak Zaitun, jadikan sebagai minyak rambut, sisir pada keseluruhan rambut diselangi dengan urutan ringan pada kepala. Elok dilakukan sebelum tidur. 

2- Untuk Rambut Mengembang/ Kusut 
Basuh atau bilas rambut dengan air bersih. Kemudian, oleskan minyak Zaitun ke seluruh rambut dan ditutup. Biarkan selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih dan syampu. 

3- Untuk Rambut Kerinting. 
Minyak Zaitun, dicampur dengan 2 biji telur, kemudia oleskan pada rambut. Biarkan selama 2 jam. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan syampu.  


Moga Bermanfaat :)

Boleh LIKE Facebook Imtiyaz Olive House di bawah ini:




0 comments:

Post a Comment

Imtiyaz Olive House

Blog rasmi Imtiyaz Olive House. Segala perkongsian berkenaan produk Olive House, info kesihatan dan testimoni.
Imtiyaz. Powered by Blogger.

Popular Posts